Sunday 12 February 2012

Bila Cinta Semakin HAmbar




PERTAHANKANLAH

Terlalu lama
Mungkin korang dengan si dia terlalu lama bercinta. Sebelum ni , percintaan korang hanya bertahan  paling lama pun dalam enam bulan.. tetapi dengan si dia sudah lebih setahun. Tenang ! Sabar ! Ini Cuma masalah untuk membiasakan diri. Lagi lama korang kawan .. lagi banyak lah korang kenali sifat-sifatnya.. termasuklah yang buruk-buruk.. Jadi , untuk membiasakan  diri dengan semua benda tuh.. ianya perlu mengambil masa yang lebih lama. Jadi bersabarlah dulu ya. Jangan betindak mengikutkan perasaan taw ! =)


Sering Bersama
Setiap hari korang asyik bertemu dengan si dia sehinggakan korang boleh menghafal jerawat yang ada di wajahya itu. Opsss ! hehe..Lama kelamaan korang mesti akan rasa bosan kan?? Jadi , sebaik-baiknya kurangkanlah berjumpa ye.Biar ada rindu di dalam hati.. barulah cinta makin hari makin membara.



Jarak Jauh
Sewaktu awal bercinta si dia selalu  dan sentiasa bersama korang kan. Namun tiba-tiba korang dengan si dia ‘terpaksa’ berpisah kerana si dia diarahkan untuk tukar tempat sekolah. Korang pasti akan rasa jemu bila bersendirian kan ? Namun jangan membuat keputusan yang melulu untuk berpisah. Nantikan korang boleh bertemu lagi. So sabar dan pertahankan cinta korang tuh ok .? =)

Cepat Bosan
Perghh ! Nampak sangat korang ni seorang yang cepat bosan. Tapi itu tak bererti korang tak sayang dengannya. Mungkin korang patut harus dan wajib belajar menepis perasaan bosan korang tu dan menghargai si dia untuk pertahankan perhubungan korang ni.





PUTUS-PUTUS-PUTUS

Suka Orang Lain
Arghhh !! Bahaya sangat . Korang jadi semakin malas berjumpa dengan si dia kerana si dia sibuk membayangkan orang lain . Tambah- tambah lagi orang ketiga ini lebih menarik daripada korangg. Kalau sudah jadi begitu lebih baik korang tinggalkan je dia dahulu sebelum korang ditinggalkan . Ada pahamm ? =) Gud !

Sifat Buruk
Si dia mempunyai sifat buruk yang sukar untuk korang menerimanya.Misalnya si dia suka bermanja-manja dengan semua kawan perempuannya . Biarpun sudah diminta unttuk berubah.. tetapi tetap begitu juga. Sayang memanglah sayang. Tapi sanggup ke korang tengok si dia asyik bermanja dengan orang lain ? Kalau sanggup tak pe lah .. Tapi kalau si dia sudah tidak dapat 
menghargai kita , buat apa kita tunggu lagi kan ? PUTUS je !!

Tiada Lagi Cinta
Sekiranya alasannya sudah jelas, tidak apa lagi yang perlu korang tunggu.Tidak ada  gunanya korang tetap bersama dengan si dia kalau dalam hati masing-masing tu tidak ada lagi cinta. Buangkan jauh-jauh hasrat hati korang tu untuk mempertahankan hubungan percintaan korang dengan si dia . ~










No comments:

Post a Comment