Tuesday 7 February 2012

mencintai tidak semestinya memiliki...


Memiliki cinta bukanlah sesuatu yang mudah kerana insan yang bertuah sahaja yang mampu memiliki cinta. Namun, mengekalkan cinta yang dimiliki lebih susah daripada memiliki cinta. Jika kita memiliki cinta itu, jagalah cinta itu sebaik-baiknya kerana bukan senang untuk mencintai dan dicintai.

Apabila satu hati mencintai satu hati tidak mungkin satu hati itu mencintai satu hati. Jika kedua-dua hati itu saling mencintai itu adalah bonus dalam satu perhubungan. Namun, bonus itu tidak mungkin akan kekal kerana seseorang yang terlalu mencintai mungkin tidak pandai menjaganya.

Jika sebuah cinta itu memerlukan pengorbanan, belajarlah melepaskan cinta itu kerana lebih baik melepaskan cinta buat seketika jika sebuah cinta itu penuh dengan permasalahan. Cinta itu pasti datang tanpa dicari. Jika sudah tersurat itulah cinta kita ia pasti akan datang kembali. Antara cepat dan lambat sahaja. Suatu hari nanti ia pasti datang...

No comments:

Post a Comment